Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: GENG Y-SUKU TUMPAS, 20 KES SAMUN SELESAI

Kuantan, 14 Ogos 2020 - Polis berjaya menyelesaikan 20 kes samun dan ragut serta empat kes curi motosikal di daerah ini sejak pertengahan Julai lalu susulan tertangkapnya enam anggota Geng Y-Suku termasuk ketuanya tiga hari lalu.

Suspek berusia 22 hingga 29 tahun termasuk dua wanita itu ditahan secara berasingan di sekitar Kuantan dan Maran pada 2 dan 3 Ogos lalu dengan dua daripada suspek merupakan individu di bawah pengawasan polis di daerah Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat empat mangsa yang mendakwa disamun dua lelaki bermotosikal di sekitar daerah ini pada 2 Ogos lalu dengan anggaran kerugian keseluruhan lebih RM15,000.

"Polis merampas sebuah kenderaan Perodua Alza (kenderaan sewa), dua motosikal, lima topi keledar, alat curi motosikal dan sejumlah barang kemas milik mangsa, “katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini semalam.

Pada masa sama, pihaknya masih memburu dua lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas.

Tuan Mohamad Noor berkata, hasil soal siasat, mereka mengaku terlibat dalam semua kes tersebut.

"Suspek menjadikan motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Y-Suku sebagai sasaran untuk dicuri dan menggunakan kenderaan itu bagi melakukan aktiviti jenayah mereka," ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'KUANTAN Polis berjaya menyelesaikan Geng Y-Suku tumpas, 20 kes samun selesai penahanan motosikal dibuat mendakwa tertangkapnya Mohamad Noor berkata, hasil Suspek tahun ermasuk tersebut. kerugian hingga wanita sikal jenis merampas sebuah Alza (ken- Kuantan 15ZR atau daripada individu sejumlah barang penga- Ketua sasaran dan menggunakan itubagi mereka, ujarnya. Katanya, kesemua disiasat 379A, sidang Polis Daerah (IPD) Ku- semalam masa Kuan- Komisioner hamadNoor Aliberkata, mengikut Seksyen kumpulan masih KanunKeseksa- anggota'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS