Menu

PENGARAH PENGURUSAN PDRM TERIMA DARJAH KEBESARAN SSAP


Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar atas penganugerahan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Sri.

Istiadat Pengurniaan adalah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-61 Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Turut menerima darjah kebesaran SSAP ialah Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan.

Istiadat pengurniaan turut menganugerahkan darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada juruiring Yang di-Pertuan Agong, SAC Dato' Yahaya Othman, Ketua Penolong Pengarah D5 Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Dato' Rusdi Mohd Isa dan juruiring Perdana Menteri, SAC Dato' Yusni Mohd Jamil.

Istiadat pengurniaan di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: 4 people, people standing and indoor

Image may contain: 8 people, people standing and indoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS