Menu

TIMBALAN KPN DAHULUI SENARAI PENERIMA APC PERINGKAT PDRM

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador itu sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan bermutu tinggi yang dipamerkan oleh para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam PDRM sepanjang tahun lalu.

Tan Sri Abdul Hamid dalam ucapannya berharap agar anugerah tersebut dapat dijadikan motivasi dan pembakar semangat kepada warga pasukan yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih di masa akan datang.

“Semoga APC ini mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga pasukan bagi membolehkan mereka membuktikan keupayaan masing-masing dalam mewujudkan sebuah perkhidmatan yang terbaik," ujar beliau.

Antara penerima APC lain ialah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Dato’ Ali Omar dan Ketua Penolong Pengarah E6, Cawangan Khas, Bukit Aman, DCP Datuk Md Zainal Rahmat.

Seramai 10,068 penerima APC PDRM di seluruh Malaysia menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang bersama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000.

Tan Sri Abdul Hamid turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkolaborasi bersama PDRM dalam menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, para pegawai kanan serta rakan media.

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diraikan di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.

Image may contain: 3 people, people standing, beard and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Image may contain: 12 people, people standing and indoor
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Ketibaan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor
Ketibaan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 1 person, indoor, text that says 'PDRM'
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019.
 

Image may contain: one or more people and people sitting
Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid turut hadir menyaksikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2019.

Image may contain: 1 person
Ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

Image may contain: 4 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada penerima.

Image may contain: 3 people, drink and indoor, text that says 'PDRM ME'
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada penerima.

Image may contain: 5 people, people standing
Sesi penyampaian cenderahati.




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS