Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: GALAS AMANAH KEKANG WABAK COVID-19

Kuala Perlis, 2 September 2020 - Sebagai barisan hadapan, pasukan penguat kuasa memainkan peranan yang cukup penting dalam menjaga keselamatan orang ramai khususnya ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan pandemik COVID-19.

Seperti kita, anggota pasukan penguat kuasa juga berhadapan dengan risiko jangkitan wabak berkenaan, namun demi tanggungjawab, mereka terpaksa mengenepikan sebarang rasa ketakukan.

Apabila sesuatu kawasan itu didapati mempunyai banyak kes positif daripada wabak yang mula dikesan di Wuhan, China sejak akhir tahun lalu itu, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) bagi mengekang penularannya.

Apabila arahan itu dikeluarkan, bermulalah tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pasukan keselamatan yang meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk menjaga jalan keluar masuk ke kawasan berisiko terbabit.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Muhammad Abdullah Rahman yang bertugas di sekatan jalan raya di kawasan Temco Sanglang, di sini berkata, masa bersama ahli keluarga terutamanya empat orang anaknya yang berusia 11 hingga dua tahun terhad sejak penularan wabak ini.

Katanya, ketika keluar bekerja anak-anak masih belum bangun dan apabila pulang mereka sudah tidur.

“Cabaran dalam bentuk persekitaran seperti cuaca panas dan hujan itu pula adalah perkara biasa yang kami lalui. Baru-baru ini berlaku ribut sehingga kami terpaksa memegang khemah agar tidak diterbangkan angin, di samping lampu turut pecah.

"Walau bagaimanapun, ini adalah tanggungjawab yang perlu kami galas untuk memastikan wabak ini dapat dikawal," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS