Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: TIADA ARAHAN BEKU CUTI PDRM

Kuala Lumpur, 3 September 2020 - Tiada arahan pembekuan cuti pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan dakwaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan berlangsung dalam masa terdekat.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar berkata, setakat ini, penugasan warga PDRM seperti biasa dan tiada keperluan untuk membekukan cuti mana-mana pegawai dan anggota.

Menurut beliau, pihaknya hanya membincangkan untuk menghantar pasukan bantuan dari Semenanjung bagi tujuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Namun, perkara itu juga belum diputuskan kerana kekuatan PDRM di Sabah setakat ini mencukupi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, khabar angin menyatakan terdapat arahan pembekuan cuti pegawai dan anggota PDRM yang dikaitkan dengan bahang PRU-15 semakin hampir apabila persediaan untuk menghadapinya didakwa sedang giat dijalankan.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Tiada arahan beku cuti PDRM lehMASZUREENHADZMAN MASZUREEN Aman, KUALA LUMPUR: Tiada cuti pegawai Polis Diraja susulan Pengurusan Bukit Rahim setakat ini, cuti (PRU-15) berlangsung dalam hanya dijalankan. Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, sebanya pihaknya untuk Pilihan RAHIM JAAFAR pangkat Negeri pegawal MECD Permohonan penjawatan tersebut menggalakkan namun penyertaan calon tujuan bangsa Cina masih tidak walaupun ni pelbagai kempen ketika dilaksanakan. Utusan Malaysia jumlah adalah PDRM kerana Sabah bangsa( mereka Terdahulu, ABD. RAHIM JAAFAR Malaysi Pelajaran Voka. angin arahan pembekuan pegawai anggota PDRM yang dikaitkan penjawatan bahang PRU-15 apabila persediaan untuk menghadapinya didakwa penyertaan bangsa pelbagai ujarnya. dilaksana'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS