Kuantan, 3 September 2020 - Pengarah Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berbesar hati merasmikan Program Penerangan dan Promosi KPDRM Peringkat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.
Program berkenaan bertujuan menggalakkan para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menyertai KPDRM bagi memperoleh manfaat bersama.
Dalam majlis sama, beliau turut menyempurnakan penyerahan cek pampasan insurans kepada waris Allahyarhamah Sarjan Sirnawati Sarji iaitu Encik Muhammad Zuraini Md Yasin.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Mohd Yusri Haji Hassan Basri, Timbalan Komander Briged Tenggara, ACP Tuan Haji Sanudin Md Isa, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan ahli-ahli KPDRM Kontinjen Pahang.
Sumber: Polis Pahang