Ipoh, 7 September 2020 - Keberanian dua anggota kereta peronda polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melaporkan perbuatan pegawai kanan yang menghalang tugas di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya, Selangor semalam wajar dijadikan contoh.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kassim berkata tindakan itu juga membuktikan ketegasan sebenar PDRM melaksanakan undang-undang tanpa mengira status atau pangkat.
"Saya mahu memberi surat penghargaan kepada anggota berkenaan kerana tegas dan cepat melaporkan kejadian itu. Inilah ketegasan yang saya mahu kepada semua anggota MPV tanpa mengambil kira jawatan terutama kejadian itu dilakukan oleh pegawai polis.
"Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador gembira apabila ada anggota berani tampil membuat laporan dan ia tidak akan melemahkan semangat anggota bawahan apabila pucuk pimpinan memberi sokongan padu," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Ketegasan-anggota-MPV-waja…
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN