Menu

INFO BALAI: BALAI POLIS PETALING, KUALA LUMPUR

Balai Polis Petaling telah wujud sejak tahun 1956 dan struktur asal bangunan tersebut diperbuat daripada kayu tetapi dirobohkan serta dibina semula menggunakan konkrit pada tahun 1977.

Balai tersebut dirasmikan oleh Datuk Mahmood Haji Nassir pada 27 Oktober 1979 yang merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur ketika itu.

Balai yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields itu mempunyai keluasan balai 6.5 kilometer persegi meliputi taman-taman perumahan dan perindustrian.

Selain itu, penugasan balai turut mendapat sokongan kekuatan daripada sebuah balai polis komuniti iaitu Balai Polis Komuniti Sri Sentosa yang terletak dalam daerah sama.

Balai berkenaan diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dengan dibantu oleh seramai 117 orang Anggota Pangkat Rendah berlainan pangkat.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

Image may contain: text and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS