Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: GENG CURI BASIKAL BERJENAMA TUMPAS

Seberang Perai, 18 September 2020 - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri basikal berjenama susulan penahanan dua penagih dadah di sekitar daerah ini pada Ahad lalu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Tuan Noorzainy Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 38 tahun itu ditahan di kawasan Bertam Perdana, Kepala Batas kira-kira pukul 4 pagi.

Katanya, hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek telah mencuri 13 basikal berjenama di sekitar daerah ini sejak Jun lalu sebelum menjualnya pada harga serendah RM80 sehingga RM100 setiap satu.

Difahamkan, harga sebuah basikal berjenama dianggarkan antara RM800 hingga RM3,000.

"Wang yang diperoleh daripada hasil jualan akan digunakan untuk membeli dadah.

"Kita turut merampas kembali semua basikal yang dianggarkan bernilai RM10,000 sekali gus berjaya menyelesaikan 9 kes kecurian di daerah ini.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan masing-masing memiliki rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di sini semalam.

Kedua-dua suspek direman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS