Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JUAL BELI SENJATA API TIRUAN TETAP DIANGGAP JENAYAH

Kuala Lumpur, 21 September 2020 – Rata-rata menyimpannya sebagai koleksi peribadi 'maut'. Namun tindakan membeli atau menjual senjata api tiruan tetap dianggap jenayah serius oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini dibuktikan apabila sebanyak 58 kes dan 198 senjata api tiruan dirampas polis tahun ini kerana menyalahi undang-undang Akta Senjata Api 1960.

Ketua Polis Ncgara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, rampasan senjata api tiruan itu hasil maklumat dan siasatan oleh pihak polis berhubung kegiatan itu.

Menurutnya, perbuatan mengimport dan membeli senjata api tiruan jelas menyalahi undang-undang Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tiruan boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Perbuatan mereka ini wajar dihentikan atau mereka akan berdepan hukuman berat.

"Berhubung dakwaan ada individu yang menawar penjualan senjata api tiruan itu di laman social WhatsApp, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sedang menjalankan siasatan," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro
 
 
 
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS