Baru-baru ini isu kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara haram melalui daratan mahupun lautan kerap dilaporkan, begitu juga dengan kes-kes penyeludupan di kawasan sempadan tanah air, sekali gus memerlukan usaha kawalan sempadan yang rapi.
Salah satu agensi yang membantu memastikan kawalan sempadan negara dikawal ketat ialah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) AKSEM, Tuan Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, AKSEM adalah gabungan daripada tiga agensi keselamatan negara iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
"AKSEM merupakan agensi keselamatan yang baru sahaja ditubuhkan pada akhir tahun 2017. Sepanjang hampir tiga tahun penubuhan AKSEM, kami menolong dari segi penambahan kekuatan pertahanan di setiap pelosok kawasan sempadan.
"AKSEM kini bersama anggota penguat kuasa yang lain berada di bawah National Task Force (NTF) menjaga kedaulatan tanah air," katanya kepada K2.
AKSEM diberi tanggungjawab untuk menjaga sempadan negara di bahagian daratan sahaja, seperti contoh yang boleh dilihat di Zon Utara yang memisahkan Malaysia dan Thailand meliputi Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.
Sumber: Kosmo Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

