Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: PGA SARAWAK BAKAL DIKERAH JIKA ADA KEPERLUAN BANTU SABAH

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG

Kuala Lumpur, 22 September 2020 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak akan dihantar ke Sabah sekiranya ada keperluan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) sehingga mencetuskan masalah penularan COVID-19 dan keselamatan di negeri itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pihaknya yakin polis Sabah dengan kerjasama agensi keselamatan berkaitan mampu mengekang sebarang cubaan penyeludupan masuk PATI menerusi sempadan negeri berkenaan.

"Setakat ini, kekuatan polis yang ada di Sabah dengan bantuan tambahan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan agensi keselamatan lain dilihat masih mampu menyekat serta mengekang kemasukan PATI.

"Bagaimanapun, PGA Sarawak sentiasa bersiap siaga untuk membantu dan menangani isu berbangkit jika ada keperluan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kemasukan PATI sehingga mencetuskan isu penularan pandemik COVID-19 serta keselamatan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu nanti.

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS