Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PATUH ARAHAN JIKA MAHU PKPD DITAMATKAN

Sungai Petani, 22 September 2020 - Penduduk Kedah dari kawasan yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran digesa akur dengan arahan pihak berkuasa bagi membantu memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, penduduk di luar kawasan PKPD juga diharap tidak mengambil kesempatan untuk memasuki lokasi berkenaan.

Sekiranya memerlukan bantuan, mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau bilik gerakan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda " katanya ketika hadir ke Majlis Penyerahan Kereta Peronda Polis (MPV) Honda Civic di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda di sini semalam.

Beliau berkata, rakyat Kedah dirayu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kes di negeri itu semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, penguatkuasaan tegas akan dikenakan di Kota Setar sekiranya masih terdapat penduduk ingkar seperti yang dikuatkuasakan di Zon Melor.

"Sebenarnya ia bukanlah semata-mata penguatkuasaan, tetapi perlu ada kesedaran untuk menjaga diri sendiri dan mengelakkan pergerakan," katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga akan memastikan kebajikan petugas barisan hadapan di kawasan PKPD diberi perhatian termasuk tambahan peralatan pelindung diri (PPE) dan keperluan lain.

Sumber: Sinar Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS