Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN]. SCAM ALERT: WASPADA DENGAN PENIPUAN PAKEJ PELANCONGAN.

Kuala Lumpur, 28 September 2020 – Sebanyak 40 laporan polis diterima di seluruh negara dengan jumlah kerugian hampir RM500,000 membabitkan penipuan pakej penginapan bilik hotel mewah dipercayai didalangi sepasang suami isteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya membuka empat kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Sehingga kini, sebanyak 40 laporan polis diterima dengan kerugian berjumlah RM497,610. Daripada laporan itu, kami membuka empat kertas siasatan bagi kes terbabit.

"Semua mangsa yang membuat laporan polis terdiri daripada beberapa latar belakang pekerjaan termasuk kakitangan hospital, pemilik agensi pelancongan, kakitangan kerajaan serta pensyarah." katanya dalam kenyataan, di sini.

Dato’ Zainuddin berkata, modus operandi sindiket itu adalah menawarkan pakej pelancongan di hotel mewah kepada mangsa menerusi mesej di kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

"Mangsa yang melihat tawaran murah itu kemudian bersetuju dan membuat pembayaran ke dalam akaun milik suspek yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat dipercayai agensi pelancongan.

"Mangsa kemudian rasa tertipu apabila tidak mendapat sebarang makluman mengenai perkembangan urusan pakej yang sudah ditempah.

AWAS! Hindari diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Jangan terpedaya dengan pakej pelancongan murah yang ditawarkan tanpa membuat semakan maklumat yang diterima terlebih dahulu melalui pihak yang berkenaan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

Image may contain: 1 person, hat, text that says 'nampir penipuan mewan didalangi tipu pakej pelancongan Lumpurs Sebanyak 40 se- jumlah JSJK Bukit Aman sahkan terima 40 laporan 'Sehingga kini, sebanyak milik agensi pelancongan, waran murah tempah. urusan tempahan yang ilakukan mangsa dibuat hahya apli- erugian berjumlah RM497.610 Daripada kertas siasatan bagi terbabit.' dalam kemudian Komersial (ISJK) ainu- (gambar)be pihaknya membuka ber- sindiket nke suspek yang hubung yang polist adalah nembuat daripada belakang rikat percayai mangsa menerusi mesei tertipu apabila men- sembang aplikasi sebarang makluman mengenai Harian melihat suami isteri tidak berjaya apa- mereka dihubungi.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS