Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA PGA CEDERA DISERET PENYELUDUP

Kota Bharu, 28 September 2020 – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 cedera selepas diseret sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu penyeludup.

Kejadian pukul 4 pagi itu, Jumaat lalu itu berlaku semasa mangsa yang berusia 30 tahun sedang bertugas di Kampung Lubok Setul di Rantau Panjang. Ekoran kejadian itu, anggota keselamatan tersebut cedera di paha kanan, mata kanan dan siku selepas diseret sejauh hampir 100 meter.

Ketua Polis Kelantan, DCP Tuan Shafien Mamat berkata, semasa kejadian, mangsa dan seorang lagi anggota PGA yang melakukan rondaan terserempak dengan dua buah kenderaan jenis Isuzu Trooper dan Mitsubishi Pajero di Kampung Limau Purut.

Katanya, anggota PGA terbabit mengarahkan kedua-dua pemandu kenderaan itu berhenti.

“Semasa menghampiri Mitsubishi Pajero, suspek bertindak agresif memecut kenderaan.

“Anggota PGA tersebut melepaskan dua das tembakan terhadap penyeludup,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Menurut Tuan Shafien, mangsa yang berpaut pada kenderaan itu telah diseret sejauh hampir 100 meter sebelum terjatuh selepas Mitsubishi Pajero terbabas dan merempuh tiang papan tanda.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS