Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PADAH CARUT POLIS

Petaling Jaya, 28 September 2020 - Seorang penumpang e-hailing yang juga pegawai bank menerima padah apabila dia ditahan selepas menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kota Damansara di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pada 11.30 malam, suspek juga dilapor mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis yang menjalankan pemeriksaan berkenaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas kereta e-hailing Perodua Bezza, suspek yang juga penumpang kereta e-hailing menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis bertugas.

"Polis kemudian cuba memeriksa suspek namun dia yang juga pegawai bank itu tidak memberikan kerjasama," katanya.

Menurutnya, suspek juga bertindak agresif sehingga memaksa polis melakukan tindakan kekerasan minimum ketika melaksanakan tangkapan.

“Suspek kini direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Harian Metro seperti berikut.

Sumber: Harian Metro

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS