Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: RAMAI HILANG NYAWA ATAS JALAN RAYA

Kuala Lumpur, 28 September 2020 - Kadar kemalangan maut di Malaysia berada dalam keadaan membimbangkan apabila seramai 3,149 individu disahkan terkorban di atas jalan raya dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Ini bermakna, purata jumlah kematian yang direkodkan dalam sebulan adalah 393 orang atau bersamaan 13 orang dalam sehari atau seorang bagi setiap 110 minit.

Daripada jumlah itu, penunggang dan pembonceng motosikal menjadi penyumbang terbesar kepada kematian di jalan raya.

Lebih menyedihkan, kebanyakan kematian adalah membabitkan mereka yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 30 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, purata kematian disebabkan kemalangan adalah seramai 13 orang setiap hari, iaitu menurun berbanding 17 kematian dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, secara keseluruhan statistik 3,149 kematian itu adalah berkurangan sebanyak 1,002 kes atau 24.1 peratus berbanding jumlah kematian bagi tahun 2019.

Bacaan lanjut di keratan akhbar Kosmo seperti berikut.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 1 person, text that says 'Purata 13 orang maut setiap hari, penunggang motosikal jadi penyumbang utama Ramai hilang nyawa atas jalan raya ALINDA ABDUL MALIK Jumlah Kematian akibat LUMPUR 2020 3,149 hingga Januari purata jumlah sebulah adalah setiap Tahun2019 Tahun2020 Pecahan kes kematian 2020 Motosikal berusia Kereta 2,134 586 Pejalan Lori 87 tidak menolak kemung- empat roda Basikal 'Selain 54 45 dar ada beberapa enurunan dalam kemalangan AZISMAN 2020 2,900ke sebanyak 274,198 daripada dengan adalah apan bulan pertama ankemal 2020 dengan Pahang mangsa. emandu 209 langan Kelantan Terengganu 126 107'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS