Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS TAHAN REMAJA LASTIK WARGA EMAS


Bachok, 4 Oktober 2020 - Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh, hari ini.

Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.

"Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: 2 people, text that says 'Warga emas dibuli, lebam dilastik remaja Oleh ROHANA MOHD NAWI menahan berusia muddin dire- REMAJA LASTIK JARGA EMAS DICEKUP POLIS 11 media tangan dilastik daripada remaja berkenaan me- kemudian kumpulan elaki! pulang melarikan Dimbang berkata, tidak diendahkan, malah sehingga melarikan TANGKAP layar video lelaki menendang Wan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS