Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: DUA PELAJAR SEKOLAH TINJU RAKAN DIBERKAS POLIS


Seremban, 5 Oktober 2020 - Dua remaja berusia 14 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas satu video pergaduhan membabitkan pelajar sekolah tular di media sosial, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.28 pagi, kelmarin.

Rakaman video berdurasi satu minit 24 saat itu menunjukkan seorang pelajar sekolah dipukul oleh dua pelajar yang lain.

Pemeriksaan mendapati kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di daerah ini selepas waktu sesi persekolahan.

"Kita telah mengambil keterangan dua pelajar sekolah tersebut dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, satu video memaparkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah menumbuk dan menendang seorang pelajar tular di dalam Facebook.

Dalam kejadian itu, mangsa yang dibelasah bagaimanapun tidak membalas serangan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

Sumber: Kosmo Online

Image may contain: one or more people, text and outdoor
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS