Menu

#SembangTrafik IBU BAPA BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM2,000 JIKA BENARKAN ANAK BAWAH UMUR MEMANDU TRAKTOR ATAU JENTERA

Mengikut Seksyen 39(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan memandu suatu traktor atau jentera atau kenderaan perkhidmatan awam di atas jalan.

Sekiranya ibu bapa membenarkan anak di bawah umur memandu traktor atau jentera, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 39(5) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#05102020

Image may contain: one or more people, text that says 'SEMBANG TRAFIK A STOP NNe IBU BAPA BOLEH DIDENDA TIDAK LEBIH DARIPADA RM2,000 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI ENAM BULAN ATAU KEDUA-DUANYA JIKA BENARKAN ANAK BAWAH UMUR MEMANDU TRAKTOR ATAU JENTERA. LRE f PolisDirajaMalaysia Terbitan Konsep Urus etia KPN Komunikasi Korporat) pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS