Menu

PORTAL DAN APLIKASI SEMAK MULE BANTU PENGGUNA KESAN AKAUN "SCAMMER"


Kuala Lumpur, 7 Oktober 2020 – Perkembangan teknologi di era globalisasi telah banyak mengubah landskap kehidupan ke arah mempermudahkan urusan harian. Namun, seiring dengan itu, kemajuan tersebut juga menyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah siber.

Bagi menangani masalah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membangunkan aplikasi "Semak Mule" bagi membolehkan pengguna membuat semakan ke atas pemilik akaun bank dan nombor telefon yang mempunyai rekod jenayah penipuan (scammer).

“JSJK mengambil satu langkah yang amat tepat dengan membangunkan aplikasi ini sebagai platform yang boleh digunakan oleh masyarakat untuk membuat semakan awal sebelum terjerumus menjadi mangsa penipuan,” ucap Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dalam Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia, https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi "Semak Mule CCID" melalui Google Play Store.

Dalam majlis sama, Dato’ Sri Acryl Sani turut merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil yang disertai oleh 250 orang pegawai penyiasat JSJK berpangkat Inspektor hingga ke DSP dari seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak).

Seminar yang akan berlangsung selama dua hari itu merupakan langkah terbaik dalam usaha JSJK memperkukuh dan memperkasakan mutu siasatan, di samping memantapkan lagi ilmu pengetahuan serta kemahiran para peserta khususnya dalam ruang lingkup jenayah komersil.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA), Tan Sri Dato’ Haji Mohd Ismail Che Rus, Pengarah JSJK, CP Dato' Zainuddin Yaacob, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid, Timbalan Pengarah JSJK, CP Dato' Kamarudin Md Din, CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, para pegawai kanan dan rakan media.

Image may contain: 2 people, people standing and suit
Sekitar gimik Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
 
Image may contain: one or more people, table and indoor
Bergambar kenangan.

Image may contain: 5 people, indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani menandatangani buku pelawat.

Image may contain: 3 people, table and indoor
Nyanyian lagu Negaraku.

Image may contain: 3 people, people standing and suit, text that says 'PDRM'
Sekitar gimik Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: one or more people, phone and indoor
Pengarah JSJK, CP Dato' Zainuddin Yaacob menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Image may contain: 2 people
Sesi sidang media.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS