Menu

SCAM ALERT: WASPADA E-MAIL, MESEJ TUNTUT HADIAH BERUPA WANG TUNAI -SKMM

Putrajaya, 10 Oktober 2020 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej untuk menuntut hadiah berupa wang tunai yang kembali tular dalam laman sosial.

Menurut SKMM, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

SKMM memaklumkan hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati, mangsa akan ditujukan mesej kononnya mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad, iaitu sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TM Family Gift Bonus.

“Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali,” menurut SKMM dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu menegaskan sebarang penggunaan logo SKMM oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kelulusan adalah satu kesalahan.

Sebarang laporan dan aduan berhubung penerimaan mesej sedemikian boleh dimajukan kepada pihak SKMM melalui talian aduan 1 800 188 030 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-2206262.

Sumber: BERNAMA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Image may contain: text
Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS