Menu

#PKPB #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: SJR DI LALUAN SEMPADAN DAERAH DAN NEGERI SELANGOR


Kuala Lumpur, 13 Oktober 2020 - Polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di semua laluan sempadan keluar daerah dan negeri Selangor bermula tengah malam ini hingga 27 Oktober nanti.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan tiada sebarang pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, lokasi SJR membabitkan laluan sempadan keluar negeri Selangor ke Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“SJR juga akan didirikan di sempadan-sempadan daerah dalam kontinjen Selangor.

“Dalam usaha menghadapi situasi ini, polis Selangor akan mengerakkan kekuatan yang ada secara keseluruhan dan ia akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia katanya ,”ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.kosmo.com.my/…/sjr-di-laluan-sempadan-daerah-d…/

Sumber: Kosmo

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS