Menu

#SembangTrafik MEMANDU DI BAWAH PENGARUH DADAH MENGANCAM NYAWA PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Memandu di bawah pengaruh dadah bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengancam nyawa pengguna jalan raya lain sehingga menyebabkan kemalangan maut. Ini adalah kerana, mengambil dadah bukan sahaja boleh menjadikan seseorang itu berhalusinasi ketika memandu, malah boleh melakukan sesuatu perkara itu tanpa sedar.

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang adalah menjadi satu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000 serta penjara sehingga 10 tahun. Seseorang yang disabitkan di bawah Seksyen ini juga akan hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang daripada lima tahun.

#SembangTrafikPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#17102020

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS