Kuala Lumpur, 19 Oktober 2020 - Tembelang seorang lelaki bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes ceti haram dengan menyamar sebagai polis bagi tujuan mengutip hutang daripada peminjam akhirnya terbongkar selepas dia diberkas di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Tuan Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras pada pukul 12.45 tengah hari.
Katanya, suspek ditahan sebaik selesai menerima rawatan sakit tulang belakang di hospital berkenaan.
"Dia merupakan suspek utama dalam kes menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman untuk memperdayakan mangsa pinjaman wang tidak berlesen membayar wang berjumlah RM60,000.
"Tangkapan ke atas suspek dibuat selepas kita menahan rakannya yang turut terlibat dalam kegiatan ah long pada Isnin lalu," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Kosmo.
Sumber: Kosmo
