‘Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga’.
Itulah perumpamaan yang dapat diungkapkan pada orang yang suka melakukan kebaikan dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua anggota trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri, Sarawak iaitu Koperal David Henry Amba dan Koperal Herman Setuju yang membantu menolak kenderaan milik orang awam yang mengalami kerosakan ke bahu jalan bagi memastikan lalu lintas di Bulatan Telang Usan berjalan dengan lancar. Kedua-dua anggota berkenaan turut dibantu oleh seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Semoga jasa kalian dibalas dengan kebaikan. ❤️🇲🇾
Sumber: Polis Balai Trafik Miri
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#19102020