Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: AKTA HUKUMAN BERAT PESALAH JALAN RAYA DIKUAT KUASA ESOK


Kuala Lumpur, 22 Oktober 2020 - Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45, akan dikuatkuasakan bermula esok.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, berkata akta baharu itu diyakini dapat memberikan kesedaran orang ramai terhadap pematuhan undang-undang, selain memupuk pengguna jalan raya yang berhemah, sekali gus memastikan jalan raya di negara ini kekal selamat.

"Sejak saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Pengangkutan, isu keselamatan jalan raya antara perkara diutamakan dari segi penggubalan dasar dan penguatkuasaan oleh kementerian, termasuk mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Oleh itu, saya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya segera memuktamadkan draf pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 4 Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, RUU terbabit diwartakan selepas mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, selain perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadikan sebahagian daripada undang-undang.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian Online

Image may contain: 1 person, text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS