Semporna, 22 Oktober 2020 - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengambil inisiatif membantu menyelaras pengagihan barangan keperluan asas di beberapa kawasan kampung sekitar Semporna yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini, pagi tadi.
Barangan keperluan asas yang disumbangkan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) itu, diagihkan kepada 100 ketua isi rumah daripada perkampungan Bangau-Bangau yang turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Semoga dengan bantuan dan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta kesusahan yang dialami oleh mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD terutamanya di kawasan berkenaan.
Sumber: Facebook Eastern Sabah Security Command -Esscom
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN