Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan wujudnya kegiatan pemerasan seksual atau "sextortion" yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja di negara ini sebagai penyumbang gambar atau video pornografi mereka.
Modus operandi pelaku '"sextortion" adalah dengan memperdaya mangsa untuk menghantar gambar atau video mengghairahkan sebelum mengugut untuk menyebarkan bahan berkenaan jika mangsa enggan mematuhi arahan.
Sekiranya keadaan tersebut berlaku kepada anda atau sesiapa yang dikenali, jangan tunaikan permintaan pelaku dan hentikan segera perbualan dengannya.
Anda perlu mengumpulkan segala bukti ugutan yang dibuat oleh pelaku dan laporkan ke balai polis yang berhampiran.
Hanya dengan laporan dan bukti yang disertakan, pihak polis mampu menjejaki pelaku dan membawanya ke muka pengadilan.
Sumber: INTERPOL HQ