Menu

PIC OF THE DAY: TRADISI RENDAM DALAM TONG RAI KEJAYAAN PELATIH LAKUKAN PENERBANGAN SOLO PERTAMA

Ibarat satu tradisi wajib buat para pelatih juruterbang Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya melakukan penerbangan secara solo buat kali pertama untuk diraikan dengan penuh 'bergaya'.

Sejurus mendarat di lapangan, para pelatih tidak dibenarkan untuk menjejak kaki ke tanah, sebaliknya diminta untuk menanggalkan kasut dan aksesori pada pakaian sebelum direndam ke dalam sebuah tong.

Barisan jurulatih yang selama ini memberi latihan dan tunjuk ajar, akan menjiruskan ‘air mandian’ sebagai simbolik ucapan tahniah atas kejayaan para pelatih mengemudikan pesawat tanpa panduan daripada mereka.

Tradisi tersebut sebenarnya bermula pada tahun 1991 ketika siri pertama kursus diadakan di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh, Perak.

Semoga dengan kejayaan yang diraih menjadi titik permulaan buat kalian semua untuk memberikan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi kepada Pasukan dan negara.

Sumber: Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM

#PicOfTheDay
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#28102020

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS