Kuala Lumpur, 30 Oktober 2020 - Polis Kontinjen Selangor dan Kuala Lumpur telah menggerakkan pasukan khas masing-masing bagi memantau kadar pematuhan masyarakat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di dua negeri tersebut bermula 14 Oktober lalu.
Penugasan pasukan khas meliputi sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan secara statik atau pun bergerak (mobile) di beberapa lokasi strategik terpilih.
Antara elemen yang terlibat dalam pasukan tersebut termasuk penugasan oleh para pegawai dan anggota berlainan pangkat dari semua jabatan dan bahagian di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), seperti Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.
Tinjauan Pasukan Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman di beberapa lokasi SJR sekitar Kontinjen Selangor mendapati, keadaan lalu lintas berada dalam keadaan terkawal dan rata-rata pengguna jalan raya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut Pegawai Bertugas SJR Tol Sungai Besi di bawah pentadbiran IPD Serdang, Inspektor Ray Erindra Raja Kumaran, sebanyak tiga penggiliran tugas dibuat setiap hari bermula dari jam 12 tengah malam hingga waktu sama hari berikutnya.
"Sepanjang penugasan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dibantu oleh pasukan sahabat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
"Masyarakat khasnya pengguna jalan raya sentiasa memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa dan patuh dengan penggunaan Borang Permit Rentas Negeri PKPB ketika membuat pergerakan rentas daerah,” ujar beliau.
Pada 13 Oktober lalu, MKN bersetuju agar PDRM menguatkuasakan penggunaan borang permit bagi memberi pengecualian kepada orang ramai membuat pergerakan rentas negeri atau daerah untuk mendapatkan bekalan makanan atau keperluan asas, perubatan dan urusan kecemasan serta kematian.
Sementara itu, tinjauan pematuhan di beberapa lokasi 'hotspot' sekitar Kuala Lumpur mendapati premis-premis perniagaaan kekal mematuhi SOP yang ditetapkan dalam PKPB.
Antara lokasi yang sempat ditinjau adalah sekitar Pasar Jalan Raja Bot, Kompleks Suria KLCC dan Masjid Negara ketika solat Fardhu Jumaat sedang berlangsung.
Menurut Inspektor Kamallul Hayat Mohd Banuri yang bertugas di IPD Dang Wangi, penugasan di sekitar Pasar Jalan Raja Bot turut dibantu oleh Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP).
"Penugasan operasi berjalan seperti biasa tetapi fokus utama adalah pematuhan orang awam yang berada di sekitar kawasan pasar seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal,” ujarnya.
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Setia Alam.
Antara pasukan sahabat yang turut membantu dalam penugasan SJR di Plaza Tol Shah Alam (Bukit Jelutong).
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di sekitar Pasar Jalan Raja Bot.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di sekitar Kompleks Suria KLCC.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di Masjid Negara.
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Subang.
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Setia Alam.
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Setia Alam.
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Shah Alam (Bukit Jelutong).
Sekitar pemantauan pematuhan SOP PKPB di SJR Plaza Tol Sungai Besi.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di sekitar Pasar Jalan Raja Bot.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di sekitar Pasar Jalan Raja Bot.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di sekitar Kompleks Suria KLCC.
Pemantauan pematuhan SOP PKPB di Masjid Negara.