Jerantut, 10 November 2020 – Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Ramlan Harun telah mengadakan lawatan tapak bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut yang baharu, semalam.
Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Polis Negeri, DCP Dato' Yusri Hassan Basri bersama beberapa pegawai kanan polis dari kontinjen Pahang.
Lawatan bertujuan melihat kesesuaian tapak dan membuat penilaian kemudahaan yang diperlukan sebelum proses pembinaan dilaksanakan kelak.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN, Dato' Hajah Rahmah Haji Ramli, Ketua Penolong Setiausaha (Pembangunan) KDN, Puan Hasmiza Hassan dan Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti) JLog, ACP Tuan Haji Jebat Bakar.
Sumber: Polis Daerah Jerantut