Petaling Jaya, 12 November 2020 – Polis berjaya merampas dadah jenis Syabu seberat kira-kira 120 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM5 juta dalam satu serbuan di tempat letak kenderaan di belakang pusat beli-belah South City Plaza, Serdang kelmarin.
Hasil serbuan pukul 5.30 petang itu telah membawa kepada tangkapan lima suspek termasuk dalang sindiket pengedaran dadah iaitu seorang lelaki bergelar Datuk Seri di lokasi tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain @ Abd Rasid ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan tangkapan tersebut.
Rampasan dan tangkapan itu adalah kejayaan terbesar bagi Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan Razali Abu Samah yang baru menyandang jawatan itu pada 28 Oktober lalu.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo berikut.
Sumber: Kosmo