Menu

CRIME ALERT: AWAS! TAKTIK LICIK PENYAMUN PANCITKAN TAYAR


Jika anda selalu meletakkan kenderaan di kawasan sunyi atau kurang kenderaan lain, pastikan anda telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada menjadi sasaran penjenayah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan taktik terkini yang digunakan oleh penjenayah dengan meletakkan objek tajam seperti paku di bahagian tayar belakang kenderaan supaya ianya pancit sebelum melakukan samun terhadap mangsa.

Ikuti modus operandi penjenayah tersebut dan nasihat daripada PDRM untuk mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya:

1. Penjenayah akan cuba memancitkan tayar kenderaan dengan meletakkan objek tajam seperti paku agar dapat dijadikan sebab untuk pemandu berhenti dan turun.

2. Penjenayah akan mengekori mangsa dan meminta pemandu berhenti di tepi jalan ekoran kerosakan pada tayar tersebut.

3. Setelah pemandu turun, penjenayah yang mengekori mangsa dari belakang akan menyamun barang berharga seperti beg tangan, telefon bimbit, komputer riba di dalam kenderaan dan terus melarikan diri.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan taktik berkenaan, pastikan berdua atau lebih sekiranya pergi ke tempat yang sunyi.

Sekiranya mengalami masalah kerosakan kereta, pastikan berhenti di tempat orang ramai agar risiko untuk disamun dapat dielakkan.

Jom layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia

#CrimeAlert
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#18112020

Image may contain: 2 people, text that says 'CRIMEA ALERT TAKTIK LICIK PENYAMUN PANCITKAN TAYAR f Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia NKT)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS