Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM REKOD PENINGKATAN KES BERITA PALSU


Kuala Lumpur, 18 November 2020 - Angka menggusarkan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan lebih 90 peratus bagi kes berita palsu pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebanyak 196 kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran berita palsu sejak Januari hingga September tahun ini berbanding hanya 10 kertas siasatan bagi tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 17 kes sudah pun dibicarakan di mahkamah sepanjang tempoh itu tahun ini manakala tiada kes yang dibawa ke mahkamah tahun lalu.

Katanya, 122 kes masih lagi dalam siasatan manakala 57 kes tiada tindakan lanjut (NFA) pada tahun ini.

"Peningkatan ketara itu amat membimbangkan. Kebanyakan kertas siasatan penyebaran berita palsu yang dibuka adalah berkaitan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

"Semua mereka yang mengeluarkan berita-berita palsu ini kita boleh dakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Kita boleh ambil tindakan dan boleh dakwa mereka," katanya.

Bacaan lanjut pada akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS