Menu

BUKU PAPDRM PANDUAN BANTERAS ISU RASUAH DALAM PASUKAN

Kuala Lumpur, 26 November 2020 – Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) 2020-2024 yang dilancarkan hari ini merupakan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras isu salah laku melibatkan rasuah yang berlaku dalam kalangan warga Pasukan.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dalam ucapannya berkata, pembangunan PAPDRM ini juga adalah bukti komitmen Pasukan mengamalkan ketelusan, sikap bertanggungjawab dan integriti dalam urus tadbir serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

“PDRM tidak pernah sama sekali berkompromi dalam apa juga isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang melibatkan pegawai dan anggota polis”, ujar beliau semasa merasmikan PAPDRM di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Tambahnya lagi, tindakan tegas termasuk penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terlibat dalam jenayah, rasuah dan salah laku lain yang serius.

Tan Sri Abdul Hamid turut meletakkan harapan agar usaha tersebut dapat memulihkan imej Pasukan, seterusnya mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti PDRM sebagai agensi penguat kuasa undang-undang utama negara.

Hadir sama dalam majlis tadi adalah Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Antirasuah National (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan barisan pengarah jabatan PDRM.

0R9A9538
Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) 2020-2024 yang dilancarkan ini merupakan usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras isu salah laku melibatkan rasuah yang berlaku dalam kalangan warga Pasukan

2
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) kepada Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Antirasuah National (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

DSC_1833
Bacaan doa bagi memberkati majlis.
 
DSC_1890
Ucapan oleh Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Antirasuah National (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

DSC_1928
Ucapan perasmian oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

1
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) kepada Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Antirasuah National (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

3
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.
 
4
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan Buku Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PAPDRM) kepada barisan pengarah dan wakil pengarah jabatan PDRM.
 
5

6

7

8

9

10

11

12

13

DSC_2096
Bergambar kenangan.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS