Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN KESAL IMEJ PDRM DICALAR ANGGOTA TAK BERMARUAH


Kuala Lumpur, 27 November 2020 - Imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tercalar dengan siri penangkapan dilakukan terhadap warga pasukan itu atas kesalahan jenayah, rasuah dan dadah.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, berkata lebih menyedihkan, disebabkan angkara segelintir warga pasukan yang tidak bermaruah dan mementingkan diri, keseluruhan organisasi pasukan dihukum, dicaci serta dituduh oleh masyarakat ibarat ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.
"Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menegaskan, bahawa PDRM tidak pernah sama sekali berkompromi dalam apa juga isu yang berhubung kait dengan perlakuan rasuah, perlanggaran peraturan atau undang-undang membabitkan warga pasukan.
"Malah, tindakan tegas termasuk penamatan perkhidmatan mengikut Peraturan 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, akan diambil ke atas mereka yang didapati terbabit dalam jenayah, gejala rasuah, serta salah laku yang serius dan berulang," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan berita harian.
Sumber: Facebook Abdul Hamid Bador dan
Berita Harian Online


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS