Kuala Nerang, 27 November 2020 - Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah terbesar bagi tahun ini, susulan penahanan tujuh lelaki dan penemuan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM18 juta berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, dekat sini.
Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Hasanuddin Hassan berkata penahanan yang dilakukan dalam empat serbuan berasingan pada Rabu dan Khamis itu, melibatkan tangkapan lima lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan berumur 32 hingga 48 tahun.
"Serbuan pertama pada jam 8.00 malam Rabu lepas, polis menahan sebuah kereta jenis Wira Aeroback di tepi Jalan Padang Sanai dan menahan dua lelaki Thailand berumur 28 tahun. Pemeriksaan lanjut menemukan dadah jenis Heroin seberat lebih 108 kilogram (kg) di bahagian belakang bonet kereta dianggarkan bernilai RM18 juta.
“Pada Jam 6.00 pagi Khamis, dibantu oleh Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bidor, satu serbuan dilakukan di kawasan Hutan Simpan Situlang, Padang Terap dan seorang lelaki Melayu dan lelaki Thailand yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Pajero berjaya ditahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini, hari ini.
Katanya, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya menemukan dadah jenis Ganja seberat 7.75 kg bernilai RM20,000 di bahagian tempat duduk belakang kereta berkenaan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1906069
Sumber: Polis Kedah dan BERNAMA
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN