Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TALIAN KASIH 15999 BANTU MASYARAKAT ADU MASALAH SOSIAL, KESIHATAN

Putrajaya, 30 November 2020 - Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang boleh diakses oleh orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999.

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari itu berfungsi sebagai 'single point of contact' kepada semua pelanggan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mengemukakan sebarang pertanyaan, aduan mahupun permohonan.

Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif dan masalah sosial remaja.

Selain isu yang berkaitan keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi, petugas Talian Kasih juga berhadapan dengan pelbagai bentuk aduan lain seperti putusnya bekalan makanan, kes penderaan, masalah orang kurang upaya (OKU), malah mereka juga turut menerima panggilan nakal yang menjadikan mereka sebagai medan tempat meluahkan perasaan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber: Sinar Harian

Image may contain: text that says 'Petugas Talian Kasih sentiasa bersedia bantu tangani masalah rakyat Talian Kasih 15999 beroperasi 24 jam FOTO:ASRILASWANDISHUKOR 'Jika pemanggil mengadu QHAIRAH (H PUTRAJAYA alian mas orang melalui 15999 Kasih, keganasan rumah panggilan Paling banyak kami adalah aduan mengenai masalah disebabkan sedang tempoh Perintah akibat penularan 9,jadi terjejas Talian Prihatin Masyarakat TALIAN Lasih 15999 pendapatan.' Whatsapp 019 15999 Kounseling Penderaan Kebajikan Perlindungan ditatenan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS