Menu

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: STRATEGI KAWALAN DI KAWASAN SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND DITAMBAH BAIK

Kuala Lumpur, 30 November 2020 – Penambahbaikan strategi dan rondaan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden tembakan di kawasan berkenaan baru-baru ini sudah mula dilaksanakan sejak Khamis lalu bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar berkata, penambahbaikan berkenaan antaranya membabitkan penugasan rondaan dengan Iebih ramai anggota berbanding sebelum ini.

"Selain itu, pasukan 69 Komando, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, kenderaan berperisai, penggunaan dron dan rondaan melalui helikopter digunakan untuk membantu Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat tinjauan di sempadan," katanya, kelmarin.

Mengulas mengenai penugasan PGA yang masih menggunakan pistol, beliau berkata, penggunaan senjata itu hanya untuk penugasan risikan manakala untuk rondaan, anggota PGA dibekalkan senjata raifal.

Dalam perkembangan lain, Dato’ Abd Rahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand untuk membanteras kegiatan penyeludupuan di kawasan sempadan negara.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Heli ronda bersama Kuala Lumpur Strategi kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand ditambah baik sejak Khamis Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU Malaysia PDRM) memulakan hpe ia bermula ondaan hingga tengah manakala hingga petang. mengenai penggunaan senja- PB11 pasukan ANGGOTA Berkuda Pasukan rondaan. PGA tinjauan sempadan' membantera Rahim sempadan negara. sempadan ANGGOTA Tentera kemasukan pendatang Raaden in(p ati)d Sungai aktiviti penyeludupan'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS