Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN] KES SAMUN, BUNUH BEKAS PENYELIDIK MARDI: POLIS TAHAN 10 SUSPEK KURANG 24 JAM

Kuala Lumpur, 1 Disember 2020 - Suspek yang dipercayai terbabit dalam kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong, berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Saiful Azly Haji Kamaruddin, berkata isteri mangsa yang berada di tempat kejadian ketika insiden berlaku mengecam wajah suspek sehingga memudahkan tangkapan dilakukan.

Selain itu, katanya, dompet mangsa yang dijumpai di lokasi samun kedua dekat Taman Titiwangsa, di sini juga menjadi petunjuk sebelum menahan suspek.

"Susulan itu, pada jam 11.24 malam semalam (kelmarin), polis menahan 10 lelaki berusia 20 hingga 29 tahun dan membuat 22 rampasan termasuk kereta digunakan suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Datuk Saiful Azly berkata, semakan mendapati lapan suspek yang ditahan memiliki rekod lampau membabitkan pelbagai kesalahan jenayah termasuk narkotik.

"Polis kini giat mengesan seorang lagi suspek yang terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS