Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: AKTA 711 LINDUNGI PEMBERI MAKLUMAT

Kuala Lumpur, 3 Disember 2020 - Pemberi maklumat yang bertindak dengan niat baik akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) berkuat kuasa 15 Disember 2010.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, menerusi akta tersebut, pemberi maklumat diberi perlindungan berkaitan maklumat sulit, identiti, alamat, pekerjaan dan berkaitan.

"Objektif penggubalan Akta 711 bagi memerangi rasuah dan salah laku lain dalam sektor awam dan swasta dengan menggalakkan serta memudahkan orang awam untuk mendedahkan perbuatan rasuah dan kelakuan tidak wajar.

"Akta 711 juga memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan menjalankan penyiasatan terhadap kelakuan tidak wajar dan tindakan memudaratkan," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS