Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] IMBAS KEMBALI INSIDEN KES TEMBAK DI SEMPADAN: SARJAN NORIHAN LARI 1.2KM CARI BANTUAN

Bidor, 9 Disember 2020 - Baharuddin mengarahkan saya mendapatkan bantuan selepas menyedari kami berdua parah akibat ditembak.
"Saya terpaksa berlari sejauh 1.2 kilometer (km) bagi mendapatkan motosikal untuk keluar mencari bantuan, selain terpaksa mendaki puncak bukit dalam keadaan gelap," kata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Batalion 3, Sarjan Norihan Tari, 39 yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada 24 November lalu.
Menceritakan kembali kejadian itu, Sarjan Norihan berkata, ketika kejadian dia dan mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, 54, berjalan di dalam gelap untuk melakukan tinjauan kali kedua di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan sasaran.
Katanya, dia berada di belakang Sarjan Baharuddin sebelum tiba-tiba ternampak kelibat manusia yang dipercayai penyeludup juga sedang melakukan tinjauan.
"Kami berbalas tembakan dengan penyeludup terbabit menvebabkan saya dan Sarjan Baharuddin parah, mendiang kemudian mengarahkan saya mendapatkan bantuan.
"Walaupun dalam keadaan parah, saya menguatkan semangat untuk keluar mendapatkan bantuan.
"Saya terpaksa tenangkan diri dan mengubah laluan keluar kerana takut terserempak dengan penyeludup yang berkeliaran di kawasan itu.
"Ketika itu, saya nekad walaupun dalam keadaan sakit dan nafas tersekat-sekat untuk mendapatkan bantuan daripada pos berdekatan," katanya di kediamannya di Kem Batalion 3 PGA, dekat sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro berikut.

Sumber: 


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS