Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM RAMPAS 100 RIBU ROKOK SELUDUP DALAM ENAM VAN

 
Alor Setar, 10 Disember 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Langkawi menahan dua lelaki bersama 101,380 batang rokok seludup bernilai RM93,580 yang disorok dalam enam van di hadapan sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar, kelmarin.

Lelaki berusia 45 dan 54 tahun yang dipercayai terlibat untuk menjaga van tersebut ditahan Unit Risikan Marin (URM) kira-kira jam 7.30 malam.

Komander PPM Wilayah Satu, ACP Tuan Rosman Ismail berkata, pemeriksaan awal ke atas sebuah daripada enam van terbabit menemukan sejumlah karton rokok yang disembunyikan.

"Susulan itu, pasukan URM bertindak memeriksa semua enam van dan menemukan 101,380 rokok pelbagai jenama.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua rokok terbabit disyaki tiada cukai kastam dan dipercayai ingin diseludup ke pasaran tempatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS