Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUKA PAMER GAMBAR ANAK TARIK MINAT PEDOFILIA


Kuala Lumpur, 12 Disember 2020 - Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan, tidak ada definisi khusus dalam perundangan berkaitan pedofilia di Malaysia.

"Pedofilia adalah istilah klinikal yang merujuk kepada golongan psikiatri (psychiatric disorder) di mana kecenderungan seksual orang dewasa terhadap kanak-kanak yang belum atau baru memasuki fasa akil baligh iaitu umur 10 atau 11 tahun bagi kanak-kanak perempuan, 11 atau 12 tahun bagi kanak-kanak lelaki dengan titik usia pradewasa sehingga umur 13 tahun.

"Di Malaysia, pelaku jenayah kanak-kanak dikenali sebagai pesalah seksual kanak-kanak dan tidak semestinya adalah pedofilia. Namun, tidak dinafikan dalam kalangan pesalah seksual terbabit, terdapat juga golongan pedofilia berdasarkan pengakuan mereka yang mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.

Kebanyakan pesalah seksual ini melakukan kesalahan terbabit disebabkan ruang dan peluang memandangkan sifat kanak-kanak yang lemah dan kurang keupayaan diri dari segi fizikal dan mental.

Malah, tambah Puan Siti Kamsiah, golongan pelaku (suspek) boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

"Daripada tangkapan yang kita buat setakat ini, suspek terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah dalam kalangan pekerja di sektor profesional, tidak bekerja dan lain-lain.

Katanya, lebih ramai kanak-kanak akan menjadi mangsa bagi memuaskan nafsu pelaku yang menggemari pornografi kanak-kanak.
Sekiranya didapati menyimpan dan mengakses, pelaku boleh ditangkap tanpa waran dan jika disabit salah boleh dihukum penjara lima tahun, sebat dan denda sehingga RM10,000.

"Hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dengan agensi penguat kuasa dari dalam dan luar negara, kita berupaya mengesan pelaku yang berkongsi pornografi kanak-kanak secara online.

"Usah terkejut kalau polis datang mengetuk pintu rumah anda," katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.
Sumber: Sinar Harian.

Image may contain: 1 person, text that says 'Suka pamer gambar anak tarik minat pedofilia Kecelaruan seksual PEDOFILIA GEJALA TAHUN 13-15TH NOPONCEMM-AN Pecahan Oktober Umur Jumlah 4tahun ornografi kanak Tahun Bilkes ditahan 2018 2019 JUMLAH 80 2020) berkumpulan Cabul JUMLAH media sosial 2018 2018 2019 2020 Messenger'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS