Menu

VIDEO PILIHAN: DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

Usaha mempelajari pelbagai bahasa selain bahasa ibunda bukan sahaja memudahkan banyak urusan, malah mampu memberi persepsi positif, terutama mereka yang berkhidmat sebagai anggota polis. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pepatah tersebut sesuai menggambarkan kehebatan seorang anak kelahiran Malaysia, Senior Constable Sam Lim yang berasal dari Muar, Johor selepas dianugerahkan “Individual Police Officer” oleh Western Australia Police Force atas kelebihannya menguasai 10 bahasa asing. Antaranya termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Bahasa Cina termasuk dialek Hokkien, Hakka, Kantonis dan Teochew.

Beliau yang bertugas sebagai anggota polis di Australia sejak tahun 2005 menyatakan, kelebihan itu memudahkannya berinteraksi dengan masyarakat dari pelbagai etnik dan latar belakang bagi mendapatkan maklumat berhubung keselamatan serta pencegahan jenayah.

Semoga kesungguhan mempelajari bahasa-bahasa lain seperti Senior Constable Sam Lim ini dapat dijadikan contoh oleh warga Polis Diraja Malaysia demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sumber: Western Australia Police Force



https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/videos/544356063188195
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS