Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 – Lembaran 2020 dilihat menjadi tahun yang tersendiri buat petugas keselamatan negara, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah jenayah, tetapi menjadi petugas barisan hadapan utama dalam mengawal tingkah laku rakyat ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Insiden tembakan di sempadan negara yang mengorbankan seorang anggota polis, Sarjan Baharuddin Ramli manakala rakan setugasnya, Sarjan Norihan Tari, cedera parah pada 24 November lalu, amat mengejutkan negara.
Mendiang Baharuddin, 54, dan Sarjan Norihan, 39, dari Unit Senoi Praaq di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) telah terserempak dengan sekumpulan penyeludup dan serta-merta berlaku insiden berbalas tembakan, dalam kejadian pada jam 3.10 pagi itu.
Kejadian itu menyebabkan Baharuddin maut akibat parah di dada dan perut, manakala Norihan yang sempat meminta bantuan cedera di perut.
Selain itu, penubuhan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM menugaskan setiap anggota yang terbabit berkerja keras dalam membuat pemeriksaan, bukan sahaja di premis awam setiap hari, malah operasi berterusan terhadap mereka yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Hampir setiap hari, lebih 2,000 pasukan membabitkan hampir 12,000 anggota melakukan pemantauan di pelbagai lokasi antaranya pasar raya, restoran, kilang, bank, pejabat kerajaan, terminal pengangkutan dan pusat hiburan.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbutan Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN