Aktivit berbasikal yang sepatutnya menjadi satu senaman menyihatkan boleh bertukar targedi, jika masyarakat mengabaikan dan melanggar peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya adalah menjadi kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020.
Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan boleh juga didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.