Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] BANJIR PANTAI TIMUR: ANGKA MANGSA BANJIR HAMPIRI 10,000 ORANG

Petaling Jaya, 21 Disember 2020 - Mangsa banjir di Pantai Timur terus meningkat menghampiri angka 10,000 orang melibatkan 2,439 buah keluarga setakat pukul 8 malam tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 8,189 mangsa yang ditempatkan di 51 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah di Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

Negeri Kelantan sahaja merekodkan seramai 1,357 mangsa banjir yang melibatkan sebanyak 482 keluarga di daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Manakala di Pahang pula, sebanyak dua PPS dibuka bagi menempatkan seramai 38 mangsa daripada enam buah keluarga di daerah Kuantan dan Jerantut.

Jumlah kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga negeri tersebut adalah seramai 9,584 orang.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti berikut.

Sumber: 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS