Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] BANJIR PANTAI TIMUR: JANGAN RISAU, PIHAK POLIS SENTIASA PANTAU DAN JAGA PENDUDUK TERJEJAS

Kemaman, 21 Disember 2020 - Orang ramai terutamanya individu daripada zon merah yang ingin pulang ke kampung dinasihatkan menangguhkan dahulu perjalanan dan tunggu sehingga banjir kembali reda.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam keadaan bencana dan wabak COVID-19, pulang ke kampung bukanlah satu tindakan yang digalakkan.

Menurutnya, mereka yang mempunyai ibu bapa dan keluarga khususnya yang berada di kawasan banjir tidak perlu risau keselamatan dan kebajikan keluarga mereka kerana pihak berwajib akan sentiasa menjaga serta memantau perkembangan dari masa ke masa.

“Tunggu keadaan (banjir) reda, baru jumpa keluarga. Itu nasihat saya yang utama kepada mereka yang ingin pulang ke kampung ketika ini.

“Bagi penduduk pula, jika dinasihatkan pihak berkuasa untuk berpindah, kita minta kerjasama agar segera berpindah.

“Kita mendapat info dari masa ke masa daripada pelbagai agensi lain seperti Jabatan Meteorologi, Jabatan Pengairan dan Saliran dan sebagainya. Jadi kita tahu keadaan semasa sebab itu kita rayu agar mereka patuh kepada arahan.

“Selain itu, sentiasa dapatkan maklumat berkaitan banjir dan jalan yang ditutup daripada media masa serta pihak berkuasa supaya orang ramai sentiasa waspada dengan keadaan banjir ketika ini,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut.

Sumber: 



#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS